Tuesday, October 5, 2010

Rimba Cafe yang Saya Kenali

Bandar Baru Bangi bukan saja dikenali sebagai bandar Universiti dan bandar Industri , malah ianya merupakan bandar yang banyak dipenuhi dengan restoran dan warung makan. "Food Heaven" mengalahkan Bangsar satu ketika dulu. Katakan apa saja jenis makanan, pasti ada dijual.

Rimba Cafe yang terletak berhadapan Taman Tasik Cempaka merupakan salah satu restoran yang terdapat disini. Menyediakan banyak variasi makanan daripada western, thai, nusantara, cina dan melayu.

Baru-baru ini saya telah diundang untuk merasa menu terbaru Rimba cafe. Usaha begini amat baik dan jelas menunjukkan bahawa owner Rimba Cafe iaitu Pn.Nor amat mengambil berat kualiti menu yang bakal disediakan.


Pn.Nor bersama Chef Shah

Chef yang membuat menu baru telah menyediakan lebih kurang 8 menu baru beserta 4 jenis minuman baru. Secara keseluruhan amat sedap dan menyelerakan. Perbincangan mengenai harga juga turut diusulkan dan Pn.Nor menitik beratkan kos yang berpatutan yang perlu dibayar bagi setiap hidangan.




Gambar sebahagian menu baru yang masih dalam "evaluation phase" lagi. Saya akan updatekan bila menu ini bakal dimasukkan dalam pasaran kelak.