Tuesday, April 5, 2011

Cheap buffet lunch at Rimba Cafe

Salam frenz.

Ingin mendapatkan cheap buffet lunch di Bandar Baru Bangi, segeralah ke restaurant Rimba Cafe. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan hidangan yang sedap lagi menyelerakan. Untuk warga kerja diBandar Baru Bangi amat dialu-alukan. Dekat dan menyenangkan untuk parking kereta anda.

Anda boleh membawa tetamu atau guest anda ke restoran Rimba Cafe kerana cheap buffet lunch dihidangkan daripada pukul 11:30 pagi sehingga ke jam 3:30 petang. Lauk pauk kampung, salad dan masakan cina disediakan. Terdapat juga ulam-ulaman, sup of the day, tumisan sayur segar dan lain-lain lagi.

Restoran Rimba Cafe juga menyediakan katering diluar mahupun di dalam. Baru-baru ini, pihak KLIA hokding telah menempah hidangan minum petang di restoran Rimba Cafe. Walaupun diwaktu itu cheap buffet lunch masih ada, namun pihak Rimba Cafe boleh menyediaakan hidangan buffet yang customised untuk pelanggan. Pihak KLIA holding telah menempah hidangan hi-Tea untuk 80pax.

Snap shots pelanggan kami yang gembira menikmati hidangan.

Mengikut arah jam: Am, Izah, Siti dan Abby "senyum sokmo"


Emmmmm...sedapnyer !!!

Setiap kali memberikan perkhidmatan pada pelanggan, restoran Rimba Cafe akan memastikan pelanggan mendapat layanan first class dan menikmati makanan yang sedap dan berkualiti. Cheap buffet lunch masih lagi menjadi signature menu untuk semua. Berharga RM15 seorang, anda boleh makan apa saja diatas meja hidangan buffet ..."" macam-macam ada......""

So, let go togede gede ke Restoran Rimba Cafe !!!




Friday, March 4, 2011

Buffet Lunch at Rimba Cafe.

Salam frenz.

Rimba Cafe menyediakan makan tengahari secara buffet dan ala carte. Nasi campur yang beranika lauk pauk, pencuci mulut dan ulaman. Harga buffet adalah RM15 untuk seorang. Manakala untuk sarapan pagi ialah RM7 seorang. Jika anda tidak terlalu lapar dan ingin menjaga diet anda, anda masih boleh memilih lauk pauk kegemaran anda dengan kalori rendah dan kurang kolesterol, Rimba Cafe akan mengenakan harga untuk pilihan terhad anda tersebut.

Terdapat lebih daripada 20jenis lauk pauk yang disediakan. Semuanya dimasak oleh chef yang berpengalaman dan di hidang panas. Waktu makan tengahari bermula dari jam 11;30pagi sehingga 3:30ptg.

Meja Buffet sarat dengan lauk pauk.."semua best nie.."


Pelanggan KLIA Holding gembira menikmati makan
tengahari. Mengikut pusingan jam Yan, Ila dan Lin.

"Aik takkan air suam jer...awet muda beb"

Harga yang memuaskan, kualiti terbaik. Bak kata orang " Harga kaki lima, kualiti bintang lima @ 5star"

APALAGI .. jadikan RIMBA CAFE sebagai restoran pilihan anda....macam2 ada !!!!!


Tuesday, March 1, 2011

Promosi bulan Mac dan April 2011

Salam 1Malaysia buat semua.

Promosi potongan 50% dari harga biasa untuk pelanggan Rimba Cafe bagi bulan Mac dan April 2011.

Breakfast (9am ~ 11am)
Nasi lemak + teh O / Kopi O = RM2.00
Cucur Udang + Teh O / Kopi O = RM2.00

Tea break & Dinner (3pm ~ 12pm)
Chicken Chop = RM6.00
Nasi Goreng Kampung = RM3.00

Saturday, February 5, 2011

International School Lunch

Pelajar makan sambil bercerita.

Pada hari Jumaat minggu ketiga bulan Januari, Rimba Cafe telah dikunjungi seramai 60 pelajar sekolah rendah antarabangsa untuk makan tengahari. Menu yang disediakan adalah kegemaran pelajar pelajar yang masih kecil lagi. Menu seperti ayam goreng, nugget, mee hoon "besday" ie tak pedas, nasi goreng cina, buah-buahan, keropok, kentang goreng, coleslaw, sup dan minuman kordial. Masing-masing bercoleteh sesama mereka dan restoran agak hingar bangar. Maklumlah kanak-kanak, mereka sangat gembira menikmati makanan tengahari dan masih boleh bermain sambil makan.

Kepada pelanggan yang berkunjung pada waktu yang sama, pihak Rimba Cafe menyediakan set nasi ayam Hainan dengan harga RM5. Masih ramai pelanggan yang datang walaupun ruang cafe dipenuhi oleh pelajar sekolah. Namun suasana kembali normal apabila pelajar tersebut meninggalkan rimba cafe pada pukul 2ptg dengan menaiki dua buah bas.

Dah kenyang, apalagi balik la...


Bas sedia menunggu kat luar.

Pihak restoran sedia menerima sebarang tempahan untuk makan di Cafe. Tempahan secara buffet amat dialu-alukan. Kapasiti tempat duduk boleh memuatkan seramai 80 pelanggan. Bagi kuantiti yang ramai, pihak cafe masih boleh menempatkan ditingkat atas restoran. Untuk majlis yang berprofail tinggi diharap dapat menghubungi pihak Rimba Cafe untuk perbincangan. Tempahan luar secara katering juga boleh disediakan.

Monday, January 17, 2011

New Breakfast Menu ..Yummy..


Salam and greeting frenz,

Yes at last, they already make a beautiful bunting to show off the Rimba Cafe New Breakfast Menu. Among all the dishes, you should try the "nasi lemak kukus", it is fresh from the "kukus" itself. They stack-up the big wooden pot on the big wok filled with hot water, which the "nasi lemak" reside inside with a nice aroma.

With the nasi lemak you can enjoy the ordinary sambal ikan bilis, peanut and hard boiled egg. To make the nasi lemak kukus taste better you should add-on some other dish like goreng ayam berempah, sambal sotong, sambal paru, sambal kentang etc.

The fried kuey teow, nasi impit with peanut sauce, the lontong with the kuah lodeh will make you forget that you are on diet (sorry..). The price will be charged according to the portion you take. The dishes are arranged in chaffing, so you can adjust or scoop the portion or "dose" needed by you.

The price is reasonable (with the cafe status ), I think it is an affordable one. With less than RM5, you can have a very good breakfast. The restaurant start serving the breakfast as early as at 8:30am. You may start with ordering the hot drinks and half boiled eggs. Then follow with walking up (exercise la sikit)to the chaffing dishes and start scooping the dish you wish.

Beside that Rimba Cafe also serving an item from the "hot kitchen". The menu can be ordered from 8:30am up to 6pm. It can be considered as a snack, but it is serve fresh, means they will prepare it on a spot. Like "cucur udang" which can be considered as a signature menu where once it is order, we will start frying in wok and serve with a special sauce.

Hot Kitchen Menu

Photo above not so clear, sorry about it. The other snack such as cucur ikan bilis, cucur udang, cucur jagung, lempeng kelapa, lempeng pisang, popiya goreng, roti canai segera, karipap, tauhu bakar, tauhu goreng, and keropok cicah. All the set price ranging from RM3.80 ~RM4.80. Each set can be shared with 2 to 3 persons.

I want to recommend that you should try the cucur udang. It's really "sedap"........ I saw some of our customer will order one set for one person and they really enjoy it. This cucur udang can be couple with the ABC "air batu campur", its really a good pairing.

They are enjoying the cucur udang


Well, come and drop by at Rimba Cafe, and try the new menu..!


Sunday, January 9, 2011

Kenali Chef Rizal dan " Chinese Cuisine "


Salam frenz. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan Maal Hijrah 1432. agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini. Maaf dipinta.

Kali ini saya ingin memperkenalkan Chef baru di Rimba Cafe iaitu Chef Rizal yang berasal dari Ipoh, Perak. Chef "Ipoh mali" ini pakar memasak makanan China atau lebih popular dipanggil Chinese Cuisine. Maka, Rimba Cafe telah mempelbagaikan hidangan masakan kepada masakan Cina yang lebih ringkas, ringan dan berkhasiat.

Seperti kata Chef Rizal (gambar), masakan Cina banyak perbezaanya dengan masakan Melayu. Ianya kurang berempah dan lebih banyak mengunakan "corn starch" sebagai media sos. Pelbagai sos dan ramuan yang lebih teliti dalam sukatan sesuatu menu. Menurut beliau lagi masakan Cina mempunyai perbezaan rasa yang cukup besar walaupun dibandingkan masakan Cina yang sama nama jenis masakan tetapi berbeza cara memasaknya. Sama seperti sebutan bahasa Cina yang mempunyai itonasi yang berbeza walaupun mempunyai karakter yang sama dan membawa maksud yang berlainan.

Terdapat banyak jenis masakan yang diilhamkan oleh Chef Rizal. Saya berpeluang merasa msakan nasi goreng komando. Namanya kedengaran lasak dan ganas, tetapi jangan terkejut rasanya amat lembut, mesra dan menyenangkan. Nasi goreng akan dibungkus dengan telur dan digulung seperti kueh ketayap dan disirami oleh sup "kungfu" istimewa. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM5 untuk satu hidangan biasa atau yang istimewa RM10 jika ketam dan udang besar dimasukkan dalam hidangan tersebut
.Nasi Goreng Komando

Banyak lagi jenis masakan Cina yang boleh dipesan di Rimba Cafe. Untuk merasai masakan Cina dengan harga terendah RM5 adalah berbaloi sebab ianya mengenyangkan dan sesuatu yang baru, lebih lebih lagi disediakan oleh orang Melayu sendiri. Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar masakan dan hidangan yang telah saya rasai dan komen saya, ianya sedap dan menyelerakan. Anda boleh cuba sendiri.

Ayam Goreng Shanghai


Nasi Goreng Cendawan


Tuesday, October 5, 2010

Rimba Cafe yang Saya Kenali

Bandar Baru Bangi bukan saja dikenali sebagai bandar Universiti dan bandar Industri , malah ianya merupakan bandar yang banyak dipenuhi dengan restoran dan warung makan. "Food Heaven" mengalahkan Bangsar satu ketika dulu. Katakan apa saja jenis makanan, pasti ada dijual.

Rimba Cafe yang terletak berhadapan Taman Tasik Cempaka merupakan salah satu restoran yang terdapat disini. Menyediakan banyak variasi makanan daripada western, thai, nusantara, cina dan melayu.

Baru-baru ini saya telah diundang untuk merasa menu terbaru Rimba cafe. Usaha begini amat baik dan jelas menunjukkan bahawa owner Rimba Cafe iaitu Pn.Nor amat mengambil berat kualiti menu yang bakal disediakan.


Pn.Nor bersama Chef Shah

Chef yang membuat menu baru telah menyediakan lebih kurang 8 menu baru beserta 4 jenis minuman baru. Secara keseluruhan amat sedap dan menyelerakan. Perbincangan mengenai harga juga turut diusulkan dan Pn.Nor menitik beratkan kos yang berpatutan yang perlu dibayar bagi setiap hidangan.




Gambar sebahagian menu baru yang masih dalam "evaluation phase" lagi. Saya akan updatekan bila menu ini bakal dimasukkan dalam pasaran kelak.