Salam frenz. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan Maal Hijrah 1432. agak lama saya tidak mengemaskinikan blog ini. Maaf dipinta.
Kali ini saya ingin memperkenalkan Chef baru di Rimba Cafe iaitu Chef Rizal yang berasal dari Ipoh, Perak. Chef "Ipoh mali" ini pakar memasak makanan China atau lebih popular dipanggil Chinese Cuisine. Maka, Rimba Cafe telah mempelbagaikan hidangan masakan kepada masakan Cina yang lebih ringkas, ringan dan berkhasiat.
Seperti kata Chef Rizal (gambar), masakan Cina banyak perbezaanya dengan masakan Melayu. Ianya kurang berempah dan lebih banyak mengunakan "corn starch" sebagai media sos. Pelbagai sos dan ramuan yang lebih teliti dalam sukatan sesuatu menu. Menurut beliau lagi masakan Cina mempunyai perbezaan rasa yang cukup besar walaupun dibandingkan masakan Cina yang sama nama jenis masakan tetapi berbeza cara memasaknya. Sama seperti sebutan bahasa Cina yang mempunyai itonasi yang berbeza walaupun mempunyai karakter yang sama dan membawa maksud yang berlainan.
Terdapat banyak jenis masakan yang diilhamkan oleh Chef Rizal. Saya berpeluang merasa msakan nasi goreng komando. Namanya kedengaran lasak dan ganas, tetapi jangan terkejut rasanya amat lembut, mesra dan menyenangkan. Nasi goreng akan dibungkus dengan telur dan digulung seperti kueh ketayap dan disirami oleh sup "kungfu" istimewa. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM5 untuk satu hidangan biasa atau yang istimewa RM10 jika ketam dan udang besar dimasukkan dalam hidangan tersebut
.
Nasi Goreng Komando
Banyak lagi jenis masakan Cina yang boleh dipesan di Rimba Cafe. Untuk merasai masakan Cina dengan harga terendah RM5 adalah berbaloi sebab ianya mengenyangkan dan sesuatu yang baru, lebih lebih lagi disediakan oleh orang Melayu sendiri. Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar masakan dan hidangan yang telah saya rasai dan komen saya, ianya sedap dan menyelerakan. Anda boleh cuba sendiri.
No comments:
Post a Comment