Pada hari Jumaat minggu ketiga bulan Januari, Rimba Cafe telah dikunjungi seramai 60 pelajar sekolah rendah antarabangsa untuk makan tengahari. Menu yang disediakan adalah kegemaran pelajar pelajar yang masih kecil lagi. Menu seperti ayam goreng, nugget, mee hoon "besday" ie tak pedas, nasi goreng cina, buah-buahan, keropok, kentang goreng, coleslaw, sup dan minuman kordial. Masing-masing bercoleteh sesama mereka dan restoran agak hingar bangar. Maklumlah kanak-kanak, mereka sangat gembira menikmati makanan tengahari dan masih boleh bermain sambil makan.
Kepada pelanggan yang berkunjung pada waktu yang sama, pihak Rimba Cafe menyediakan set nasi ayam Hainan dengan harga RM5. Masih ramai pelanggan yang datang walaupun ruang cafe dipenuhi oleh pelajar sekolah. Namun suasana kembali normal apabila pelajar tersebut meninggalkan rimba cafe pada pukul 2ptg dengan menaiki dua buah bas.
Pihak restoran sedia menerima sebarang tempahan untuk makan di Cafe. Tempahan secara buffet amat dialu-alukan. Kapasiti tempat duduk boleh memuatkan seramai 80 pelanggan. Bagi kuantiti yang ramai, pihak cafe masih boleh menempatkan ditingkat atas restoran. Untuk majlis yang berprofail tinggi diharap dapat menghubungi pihak Rimba Cafe untuk perbincangan. Tempahan luar secara katering juga boleh disediakan.